Pra-Taklimat ePASTI

16Jun2013, KOTA RAJA: Satu taklimat percubaan pengenalan sistem ePASTI telah diadakan di Markas PAS Bukit Naga. Program dihadiri seramai 15orang dari 6 cawangan terdiri daripada para mualimah PASTI dan Ahli Jawatankuasa PASTI cawangan serta kawasan . Taklimat ringkas ini di sampaikan oleh unit IT dan Dokumentasi PASTI Negeri Selangor Sdr. Mohd Al-Hariz bin. Adzhan. 

Taklimat merangkumi cara memasukkan data cawangan serta maklumat am pelajar. Sebagai percubaan pra-taklimat ini diadakan di kawasan kota raja secara secara terus menggunakan kemudahan internet. Ini bagi membantu mengenalpasti kaedah penggunaan ePASTI supaya dapat di tambah baik segala kekurangan yang ada sekaligus membantu meningkatkan kecekapan sistem ePASTI.






0 comments: