31 Mei 2009 yang lalu PASTI Negeri Selangor terus mencatatkan sejarah dengan mengadakan Pesta Sukan di peringkat negeri. Acara gilang-gemilang itu diadakan di Padang Universiti Industri Selangor, UNISEL seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad berbesar hati merasmikan pesta sukan itu pada pagi hari. Pesta sukan tersebut disempurnakan dengan upacara penutup dan penyampaian hadiah oleh Ust Hasbullah B Mohd Ridzuan, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Pesta sukan itu dimeriahkan dengan 18 kontinjen bola sepak dan 16 kontinjen bola jaring dari seluruh PASTI Negeri Selangor yang mengambil bahagian. Acara bola sepak diungguli oleh PASTI Hulu Langat yang mendapat johan diikuti PASTI Hulu Selangor, Gombak dan Puchong.
Bagi acara bola jaring, PASTI Gombak yang mendapat tempat ketiga dalam acara bola sepak telah mendapat johan bagi acara ini. Bagi naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat dimenangi oleh PASTI Shah Alam, Kuala Langat dan Kapar. PASTI yang tidak berpeluang merebut tempat johan hingga tempat keempat tidak hanya pulang dengan tangan kosong tetapi turut menerima hadiah saguhati.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen yang berusaha memburu kejuaraan. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan yang meriah ini.
Diharapkan agar pesta sukan ini berjaya mencapai objektif yang mahukan pelajar-pelajar PASTI bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut aktif bersukan bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan dan berasa cergas untuk beribadah.
0 comments:
Post a Comment