Sambutan Hari Guru & Konvokesyen Guru PASTI 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN KONVOKESYEN PASTI NEGERI SELANGOR 2009

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) terus giat dengan aktiviti tahunan selaras dengan tema tahun ini, “25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan”. Baru- baru ini berlangsungnya Sambutan Hari Guru dan Konvokesyen PASTI Selangor 2009 bertarikh 23 Mei 2009 bersamaan 28 Jamadilawal 1430. Majlis tersebut bertempat di Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Dr Che Rosli bin Che Mat. Turut hadir memeriahkan majilis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Kurikulum) PASTI Pusat, Encik Roseman B Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Pengarah PASTI Negeri Selangor Ustaz Hasbullah B Mohd Ridzuan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Haslina Bt Wan Hassan.

Majlis bermula dengan Peperiksaan Ujian Kelayakan Konvokesyen Guru PASTI pada pukul 10.30 pagi. Seramai 84 orang guru PASTI telah menduduki ujian ini. Pada pukul 2.00 petang pula, berlangsung Sambutan Hari Guru dan Konvokesyen PASTI. Majlis ini memuatkan beberapa acara menarik seperti persembahan dan ikrar guru PASTI. Puan Siti Hawa Bt Che Yaacob telah dianugerahkan Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat manakala Cik Napisah Bt Nawi telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor.

Sebelum bersurai, hadirin bersama-sama mengambil bahagian di dalam sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Majlis bersurai setelah jamuan selesai. Semoga majlis seperti dapat meningkatkan semangat dan prestasi guru-guru PASTI di masa hadapan.

0 comments: